Header Ads

Saya tak kenal pun siapa Neelofa, kata pekerja kedai karpet

 

Nama Neelofa sekali lagi jadi bualan netizen apabila jutawan ini sekali lagi dikesan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengguna media sosial mendakwa Neelofa, 32 dan suaminya Haris Ismail, 26, berkunjung ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Menurut laporan dari Harian Metro, pekerja premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 memberitahu dia sebenarnya tak kenal pun siapakah insan yang bernama Neelofa kerana sudah menjadi kebiasaan baginya mengambil gambar bersama pelanggan dan memuat naik ke media sosial dan itulah perkara yang dia lakukan pada Neelofa dan suaminya namun dia tidak sangka, pasangan itu sebenarnya selebriti terkenal tanah air.

Pekerja yang dikenali sebagai Hussein, 30-an berkata, Neelofa dan suaminya ke premis mereka Ahad lalu dan membeli beberapa permaidani termasuk dari Iran yang berkualiti tinggi dengan harga keseluruhan RM10,000.



"Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial.


"Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Harian Metro sebelum ini melaporkan, Neelofa dan Muhammad Haris atau PU Riz memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.


Ia berhubung dakwaan pasangan itu meIanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.


Slasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini baru-baru ini.





Menurutnya, susulan isu berkenaan, pihak poIis turut ke kedai berkenaan semalam untuk mengambil keterangan.


"PoIis tanya barang yang dibeli selebriti itu dan jumlahnya serta mengenai premis kami.


"Pihak polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan slasatan," katanya.

Sumber : HARlAN METRO

No comments:

Powered by Blogger.