Header Ads

Scha Elinnea bangga mampu beli Mercedes-Benz A180 AMG pada usia 21 tahun

 


Siapa yang tidak bangga jika dapat memiliki barang idaman pada usia yang muda. Apatah lagi jika sesuatu yang dibeli itu menggunakan 100% hasil titik peluh sendiri.


Mungkin itulah perasaan yang boleh digambarkan kepada pelakon muda cantik, Scha Elinnea sudah berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG. Perkongsian tersebut telah dimuat naik melalui laman Instagramnya dan harga kereta tersebut dianggarkan bernilai lebih RM200,000.


Scha berkata, itu adalah kereta idamannya dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu.


"Saya tidak pernah membayangkan dapat membeli kereta idaman seawal usia ini. Alhamdulillah, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa berterusan daripada ahli keluarga saya.


"Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.

"Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Scha, selepas ini dia menyasarkan untuk membeli rumah pula.


"Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula. Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri," katanya.


SUMBER : HARlAN METRO


No comments:

Powered by Blogger.