Header Ads

Selain semak jumlah kereta dan selipar di rumah, PoIis juga akan periksa kadar bayaran tol pemandu

 


Sudah masuk tahun kedua kita semua hidup dalam norma baharu apabila terpaksa menjalani penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai peringkat bagi mengekang penularan C0vid-19.


Pandemik bukan sahaja menjejaskan pergerakan aktiviti harian, bahkan secara tidak langsung ‘melenyapkan’ nikmat dan kemeriahan musim perayaan antaranya Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi.


Dan tahun ini juga menjadi tahun kedua, umat Islam tidak dibenarkan pulang ke kampung merentas negeri bagi menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.


Tambah lagi, baru-baru ini diumumkan pula beberapa negeri dikenakan PKP dan merentas daerah turut tidak dibenarkan.


Oleh itu, demi memastikan tiada individu yang merentas negeri pulang ke kampung, Polis Perak tampil menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol.



Perkara itu adalah bertujuan untuk memeriksa baki tambah nilai bagi memastikan tiada individu merentas negeri pulang ke kampung pada Aidilfitri.


Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas


Memetik laporan portal tempatan, menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, ia antara strategi yang akan digunakan bagi menyemak kadar bayaran tol terhadap individu yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri.


“Kita akan menyemak kadar bayaran tol, kadang-kadang bagi mengelak dikesan mereka akan masuk tol ini dan keluar tol yang ini.


“Jika kita tengok kadar bayaran tol, contohnya dari Jalan Duta jika tiada surat kebenaran merentas negeri, kita akan mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik,” katanya.


Menurutnya, pihaknya tidak dapat membuat tindakan lebih ketat di jalan raya ketika perayaan kerana ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.


Beliau turut menasihati setiap individu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi kes C0vid-19.


Sementara itu, beliau berkata, polis Perak juga berusaha meningkatkan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pergerakan keluar masuk ke daerah dapat dikekang terutama musim cuti sekolah dan perayaan.


Justeru, bagi mereka yang sedang merancang untuk mencuba merentas negeri, bolehlah melupakan hasrat tersebut.

SUMBER : SlNAR HARlAN

No comments:

Powered by Blogger.