Header Ads

Selepas Ryzal, Zynakal Pula PerIekeh Budaya Orang Sarawak?

 


Jika semalam kecoh di media sosial apabila personaliti media sosial terkenal, Ryzal DuriamKimci atau Ryzal Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila niatnya yang bergurau tetapi dalam masa sama dilihat seakan mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban.


Bagaimanapun, Ryzal sudah mengakui kesilapannya dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial miliknya.


Namun, hari ini timbul pula kontr0versi baru. Kali ini melibatkan seorang penyanyi remaja Zynakal yang dikatakan telah menghlna budaya Sarawak.


Isu itu timbul apabila Zynakal meninggal komen di perkongsian foto penyanyi rap, Yonnyboii yang disifatkan satu penghlnaan buat masyarakat Sarawak.


“Uga-uga,” tulis Zynakal ringkas pada ruangan komen dalam Instagram Yonnyboii.


Walaupun ianya sekadar komen pendek, namun netizen menyifatkan komen dari penyanyi rap terkenal itu sebagai satu slndiran yang merujuk kepada mereka yang hidup pada era dahulu kala lazimnya dikaitkan dengan istilah orang zaman batu.



“Dia fikir kelakar ke? Muka hauk pun ada hati nak uga-uga dekat orang lain.

Walaupun begitu ada segelintir netizen yang beranggapan penyanyi itu hanya bergurau dan meminta agar netizen usahlah terlalu mengikut emosi dan perasaan kerana risau masalah depresi yang pernah dihadapi Zynakal dulu akan kembali menghantui.


Melihat kepada perkongsian tersebut, komen tersebut telah dipadam Zynakal dan Yonnyboii juga mengambil pendekatan menutup ruangan komen pada posting tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lagi keroh.


Sumber : Kosmo!


No comments:

Powered by Blogger.