Header Ads

Shuib yang saya kenal… orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri, kata Siti Sarah

 


“Dari umur lapan bulan sampai umur 17 tahun, inilah rumah tempat saya dibesarkan, tiap-tiap petang ambil air pakai baldi, mandi di parit, tandas di luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita.


“Tak ada motor, yang ada cuma basikal," katanya.


Dia juga berkata hanya mendapat wang saku 50 sen untuk ke sekolah dan sering menangkap belut pada hujung minggu untuk dijual bagi menampung perbelanjaan.


Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, pengalaman membesar di rumah papan itulah yang mengajarnya erti kehidupan.


"Belajar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada. Belajar bersyukur dengan nikmat Allah," kata bekas penyampai radio Sinar FM itu.


Dia turut mennyatakan harapan agar isteri dan anak-anaknya sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan Tuhan pada masa sama sentiasa bersedia menghadapi ujian.


"...Sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dengan setiap ujian Allah, susah juga ujian, senang juga ujian,” katanya sambil mengakhiri hantaran itu dengan tanda pagar #pesananuntukdirisendiri.


“Sememangnya dia tidak pernah lupa asal usul dari awal perkenalan, awal perkahwinan sehingga sekarang, Itulah @Shuibsepahtu yang saya kenal, anak kampung, orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri.


“Mungkin ada perubahan dari segi kejayaan sebab dia orang yang nak ubah nasib diri jadi lebih baik, sangat komited, berani dan inginkan perubahan termasuk janji pada ibunya dia akan beri kesenangan.


“Jadi sebab itu dia tak pernah kenal erti penat, apapun dia hadap termasuk fitnah-fitnah yang berat. Terima kasih Allah sebab temukan kami.” Tulis Siti Sarah.


“Belajar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada. Belajar bersyukur dengan nikmat Allah.

“Semoga anak-anak dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dengan setiap ujian Allah, susah juga ujian, senang juga ujian,” tulisnya.

No comments:

Powered by Blogger.