Header Ads

Suami Pasrah Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dengan Dinding Rumah

 


Sehari dua lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran. Walaupun hari raya kali ini berbeza seperti yang selalu kita sambut kerana kita tidak dibenarkan pulang ke kampung merentasi negeri/daerah kerana perintah kawalan pergerakan namun membeli baju baru untuk dipakai pada hari lebaran tetap diteruskan.


Selalu sangat kita melihat pasangan suami isteri dan keluarga akan memilih warna tema untuk digayakan pada hari raya.


Lain pula ceritanya dengan keluarga ini. Bukan sahaja sedondon seisi keluarga, malah baju raya mereka tersama tema pula dengan dinding rumah.


Video yang diunggah oleh pengguna TikTok dengan nama @schamia11 ini buat netizen pecah tawa. Menerusi video tersebut, dapat dilihat suaminya menghadap ke dinding seakan-akan merajuk.


Rupanya sang isteri terbeli baju raya sedondon satu keluarga yang sama tema dengan dinding rumah mereka. Baju Melayu berwarna hijau yang dipakai suaminya nampak tenggelam kerana sama sebijik dengan warna dinding rumah.


Video ini mendapat 256 ribu tontonan dan 16.9 ribu sukaan setakat ini.


“Jadi sesumpah pulak raya nanti”

Di ruangan komen, netizen rata-rata turut terhibur dengan gelagat suami wanita itu yang pasrah sampai melekap ke dinding.



Dalam satu lagi perkongsian, wanita tersebut turut menunjukkan beberapa helai baju dipercayai milik anaknya yang juga sama warna dengan baju yang dipakai suaminya.


Bayangkan satu keluarga pakai baju sama tema dengan dinding di pagi raya. Tak ke haru bila nak bergambar nanti!

Sumber: TikTok @schamia11 via SlAKAPKELl

No comments:

Powered by Blogger.