Header Ads

Tak Pernah Kemaruk Soal Cinta Jodoh, Heliza Helmi Lebih Layak Dijadikan Ikon, Kata Netizen

 


Siapa yang tidak kenal dengan Heliza Helmi, produk dari Akademi fantasia yang kini aktif menjadi aktivis kemanusiaan, beliau juga antara selebriti yang paling lantang berkongsi isu semasa yang berlaku di PaIestin.


Bukan sahaja di PaIestin , namun anak gadis cantik ini juga sering turun padang dalam misi kemanusiaan di Syria.Jika dilihat di media sosialnya semua perkongsian dia adalah mengenai misi kemanusiaan.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan rasa kagum terhadap Heliza yang sepatutnya dijadikan inspirasi serta wajar dijadikan ikon.


Menurut tulisan wanita yang menggunakan nama Norlaila itu lagi, Heliza tidak pernah berkongsikan kata puitis cinta di media sosial apatah lagi kemaruk soal cinta sedangkan usianya kini sudah mencecah 35 tahun.


Ujarnya, apa yang sering dikongsikannya hanyalah tentang Syria, Pallestin dan misi bantuan Gaza. Sehinggakan setiap kali menyertai misi kemanusiaan, Heliza mengimpikan ma.tl syahld.


“Heliza Helmi tak kemaruk soal cinta jodoh! Tidak dahaga kasih cinta dari tulang rusuk. Tak menunjuk terlalu risau, fikir gelabah soal jodoh.



“Pernahkah dia ‘post’ ayat2 cinta sapa sayang dia bukti dengan akad nikah, siapalah nak masuk meminang.. Rindu2 cinta2!? Ada? Inilah dia yang jenis betul2 faham agama.


“Tidak ada jodoh di dunia, di akhirat pasti dan tiada air mata duka! Dalam kepala otak hanya Syria, PaIestin, misi bantuan Gaza. Andaikan terk0rban semasa perjalanan niat bantu sahabat di sana.. Syahld lah beliau!” tulisnya.


Diakhir perkongsian, wanita itu turut memberi nasihat kepada kepada ibu bapa diluar sana menjadikan keperibadian Heliza sebagai satu contoh baik mendidik anak-anak mereka dalam memahami agama Islam.

SUMBER  FACEBOOK NORLAILA MOHAMAD YUSOFF via ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.