Header Ads

Teringin beli hotel, Aliff Syukri mahu jual rumah RM43 juta

 



Ramai mengetahui rumah bangl0 mewah milik usahawan k0smetik, Datuk Aliff Syukri baru saja siap dibina selepas mengambil masa hampir 4 tahun untuk menyiapkannya.


Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff memaklumkan dia bers3dia untuk menjual bangl0 mewahnya yang mempunyai 30 buah bilik tidur itu dengan harga RM43 juta lengkap dengan perab0t sekiranya ada yang berminat.


“Kalau ada rezeki saya memang mau jual rumah tu. kalau ada kerabat diraja ke atau menteri yang ada hati nak belilah. Rumah tersebut mempunyai lebih 42,000 kaki persegi dengan build up sekitar 40,000, nak jual sekitar RM43 juta fully furnish. Tak rugi korang beli.


“Bukannya menyesal, saya buat rumah ni habis jugalah dalam RM32 juta. Jadi rasanya kalau ada rezeki rumah tu terjual saya nak beli hotel pula la,” katanya kepada Media Hiburan.


Aliff juga memberitahu, tujuan utama beliau mahu membeli sebuah hotel adalah untuk menampung gaji dan keperluan pekerja, dalam masa yang sama b0leh menjana pendapatan lain.


“Bila sudah dikira-kira tiada untung juga sebab saya perlu langsaikan s0al kelengkapan yang agak banyak. Kalau ada hotel, pekerja saya boleh la tinggal di sana dan pada masa sama, mereka boleh akan dapat income lain.



“Tapi saya buat rumah tu pun bukan sebab nak jual. Cuma jika ada yang berminat dan tawarkan harga berpatutan, saya akan jual,” katanya.


Dalam perkembangan terbaru, Aliff bakal merakam single baru di Indonesia dalam masa terdekat dan kini sibuk menjayakan sebuah program masakan.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.