Header Ads

Update Insta Story ‘bersyukur’ dapat pahala free, netizen pertikai ‘perangai’ TokTi?

 


K0ntroversi membabitkan penyanyi tersohor negara masih lagi belum berakhir.Belum lagi reda isu meIanggar SOP semasa majlis tahnik Muhammad Afwa, nama TokTi sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di Twitter sejurus beliau memuat naik Insta Story di Instagram miliknya yang seakan berbaur ‘angkuh’ dan ‘egois’ itu.


Meninjau di ruangan komen sebuah ciapan di Twitter, rata-rata daripada netizen meluahkan perasaan tidak puas hati pada tindakan TokTi yang seakan ‘sengaja’ menylmbah air pada api yang sedang marak. 

Menurut mereka, isu meIanggar SOP bukanlah sesuatu isu yang boleh dipandang ‘remeh’ namun isu ini amat sensitif di mata netizen lebih-lebih lagi apabila ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat merentas negeri untuk menziarahi keluarga tercinta sehingga mereka menghembuskan nafas ‘terakhir’. 

“Kami hanya mahukan keadilan..” luah hati netizen.


TokTi yang dipandang ‘mulia’ oleh masyarakat kini mendapat ‘tempias’ akibat tindakannya yang seakan tidak melambangkan perwatakannya yang serba serbi ‘sopan’ itu. Majoriti daripada netizen ‘terkejut’ dengan kenyataan TokTi yang seperti ‘bangga’ mendapat pahala ‘free’ di atas kecaman yang ditimpa dek kerana kesalahan diri sendiri.


Bukan melalui cara ini untuk memperbaiki kesilapan sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, TokTi..


Meskipun TokTi telah memberi kenyataan rasmi dan memohon maaf secara terbuka, tindakan ini adalah tidak wajar kerana hanya akan ‘mengeruhkan’ keadaan yang berapi ini. 

Sebaliknya, netizen berharap agar TokTi hanya mendiamkan diri daripada memberi apa-apa kenyataan yang akhirnya akan ‘mencengkam’ diri. Situasi ini macam sesuai digambarkan dengan lagunya, ‘Besar Kesilapanku, Besar Lagi Keegomanmu.’


Menular di Instagram milik TokTi, sepertinya TokTi ‘menutup’ ruangan komen di beberapa gambar yang baharu dimuat naik. Bagaimanapun, umum mengetahui manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. 

Justeru itu, bukanlah ‘tugas’ kita untuk ‘menghukum’ mereka yang boleh dikatakan ‘tenggelam’ dalam arus dunia sendiri sehingga ‘terlupa’ menjaga perasaan dan mempunyai ‘belas kasihan’ kepada orang lain.

Sumber : Instagram TokTi, Twitter @amoystella  via Aqilah Paharuzi 

No comments:

Powered by Blogger.