Header Ads

(VIDEO) Anak sembur cat dekat kereta honda jiran, tuan kereta minta ganti semua baru!

 


Melayan karenah anak-anak kecil memang boleh buatkan kita pening dan penat mengalahkan kerja kat opis. Ada je karenah diorang ni tambah-tambah anak lelaki, memang sedia maklum nakal dan ligatnya diorang ni macam mana.


Yang mana ada anak lelaki tahulah macam mana penatnya jaga diorang ni.. ataupun tanya mak ayah korang ketika korang masih kecil, nak berehat pun susah selagi anaknya tidak tidur.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial apabila seorang wanita ini memuat naik video dimana anak lelakinya dengan selamba menunjukkan bakat terpendam dengan menyembur cat pada kereta milik jirannya. Bukan kereta biasa-biasa tau, kereta honda...


Wanita tersebut yang dikenali sebagai Sha Qiena ini menceritakan kembali pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya. Menurut wanita ini, kejadian tersebut berlaku semasa mereka sekeluarga pulang kampungnya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.


Wanita ini mendakwa pemilik kereta tersebut telah membuang botol spray cat berkenaan di kawasan rumah. Kebetulan, anak lelaki wanita ini telah menjumpai botol tersebut dan menyemburnya di permukaan kereta.


Bila sel-sel anak sedang berhubung, dicontengnya dekat kawasan pintu sebelah driver. Dekat rim tayar ni mama hantar polish, hantar kilat spray. Beratus-ratus duit mama habis.


Kereta asalnya memang banyak caIar


Dakwa wanita ini lagi, pemilik kereta tersebut pula seakan mengambil kesempatan dengan memintanya menggantikan tayar dan rim yang baharu sedangkan pihak polis sudah memaklumkan supaya wanita ini membaiki pada tempat yang terkesan sahaja.


Oleh itu, wanita ini tidak bersetuju kerana harganya jauh lebih mahal dan seakan tidak berbaloi kerana itu adalah kereta lama. Bukan itu sahaja, dia juga dipercayai meminta wanita ini untuk ‘polish’ keseluruhan keretanya sedangkan sebelum kejadian, kereta tersebut memang terdapat banyak calar.


Lampu pun asalnya dah kabur. Dia minta mama ganti yang baru. Kes ini pun jadi kes polis sebb ramai masuk campur tangan. Akak ni pun tak boleh toleransi. Macam-macam kena ugut selagi mama tak bayar ganti rugi. Dah hantar kedai pun macam-macam tak puas hati.


Sementara itu, wanita ini sempat berpesan dan menasihati kepada dirinya dan anak-anak supaya jangan sesekali menyukarkan urusan orang lain.


Anak ‘spray’ kereta jiran

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen berkata memang sepatutnya dia ganti dan baiki kerosakan yang berlaku dan bukannya play victim kononnya pemilik kereta tersebut cuba nak ambil kesempatan. Namun ada juga yang menyatakan simpati kepada wanita tersebut.Berikut adalah beberapa komen dari netizen.




klau jd gini kat kita pun kita mntk ganti..x kisah la keta buruk pun..klau ye pun jiran tu punya spray abis keta tu park dlm umah dorg ke smpai ank dorg leh gi spray gitu..pastu xkan nk polish ckit2 nnt bertompok2 le..bertanggungjawap je la dah ank kita yg buat..ce ank org buat kat keta kita,rase2 bleh biarkan je ke😏 -Elena Lina

Ahh kaum. Sejenis mak menangkan anak.. dah anak tu salah.. g cat keta org apesal... Sel otak berhubung mendeee tah.. kalau aku pun marah.. cat mcmtu.. meh aku cat keta kau, agak kau minta ganti ke tidak.... - Nadiah Buang

Hahaha itu lah dh pandai buat anak, jaga & alert anak buat apa, salah sendiri lepastu konon teraniaya. 💁🏼‍♂️ - Herol Jefri

Ewahhh.. Permudahkan urusan orang konon.. Kalau sendiri yg kena, baru tau langit tinggi rendah..Didik budak tu betul2.. Hormat harta orang.. Harta mak pak sendiri je yg kau boleh buat sesukahati.. Brapa umur anak dia yg buat ni ehh? - HSara G Hsam

Sumber: Sha Qiena via OhBuIan

No comments:

Powered by Blogger.