Header Ads

(VIDEO) Duduk Atas Mangkuk Tandas Sambil Senyum, Kak KM Terlajak Gembira Kerana HamiI

 


Siapa yang tak kenal dengan usahawan produk kecantikan Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM. Berkat usahanya menjalankan perniagaan kecantikan wanita, dia kini mampu tersenyum dengan kesenangan dikecapi.


Namun artikel kali ini bukan ingin berkongsi tentang perniagaan Kak KM, baru-baru ini Kak KM ada memuat naik satu video di media sosial miliknya mengumumkan dia kini sudah berbadan dua.



Namun caranya mengumumkan berita gembira tersebut tidak pernah dibuat dek orang sebelum ini.Beliau telah memilih cara yang paling rare untuk umumkan perkara tersebut bersama peminat dan netizen.


Dalam video tersebut, Kak KM sedang duduk atas mangkuk tandas sambil tersenyum dan dalam masa yang sama menunjukkan alat ujian kehamilannya.


“Nah jawapan yang selama ini korang tunggu. #babykm,” tulisnya ringkas.

Menjenguk diruangan komen, ramai rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah kepada Kak KM



Untuk rekod, Kak KM merupakan anak kepada dramatis vateran Normah Damanhuri dan kakak kepada pelakon Ahya Rosli.


Dipetik dari gempak

No comments:

Powered by Blogger.