Header Ads

(VIDEO) Kerani terIanggar kanak-kanak perempuan 5 tahun ketika lintas jalan secara tiba-tiba

 


Baru-baru ini viral di laman sosial apabila sebuah rakaman memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah diIanggar sebuah kenderaan yang dipercayai dipandu seorang wanita di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang.


Menurut laporan dari harian metro, kanak-kanak malang terbabit disahkan kini parah.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 5.45 petang itu, mang.sa diIanggar oleh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.


"Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di kampung sama, dari tempat kerja.

"Mang.sa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5, yang pada mulanya berada di tepi jalan, dia tiba-tiba melintas jalan secara melulu.


"Keadaan itu menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terIanggar mang.sa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun sudah cuba untuk membrek," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Shamsul Amar berkata, mang.sa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.


"Slasatan mendapati mang.sa yang beralamat di Sungai Udang mengalami penda.rahan pada limpa dan kecede.raan usus. Mang.sa kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar," katanya.


Tambah Shamsul Amar lagi, pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani itu sudah membuat laporan poIis berhubung kemalangan berkenaan.


Menerusi rakaman video yang berdurasi 42 saat itu, pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki melintas jalan, diikuti dua lagi kanak-kanak termasuk mang.sa.


Mang.sa yang memakai baju putih dan berseluar merah bersama seorang kanak-kanak lelaki dipercayai abangnya berhenti di tepi jalan, sementara dua kenderaan lalu di hadapan mereka.


Bagaimanapun, secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan itu berlari ke jalan dan terdengar bunyi den.tuman kuat disertai je.ritan abangnya.


Video yang telah viral di media sosial itu dirakam dashcam (kamera papan pemuka) sebuah kenderaan yang berhenti di lokasi berkenaan.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.