Header Ads

(VIDEO) Mama Rimau tak bersaIah, Mereka Memang Ada Akses Instagram Peribadi Bos, Kata Rosix Omar

 


Kontroversi ig stories yang membabitkan ibu kepada personaliti terkenal negara iaitu Noor Kartini nampaknya masih belum berkesudahan.


Jika semalam Ibu kepada Neelofa ini sudah membuat laporan polis dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit dan menjelaskan perkara itu bukan dia yang lakukan tetapi kesalahan pegawai media sosial beliau.


Dan hari ini pegawai media sosial yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kejadian menyalah gunakan akaun instagram majikannya (@noorkartini) milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed untuk berkongsikan kandungan yang mempertikaikan sistem raja berperlembagaan di negara ini.


Personaliti media sosial yang juga merupakan rakan baik kepada keluarga Noor Kartini tampil mendedahkan memang ada sebilangan kakitangan Datin Noor Kartini yang mempunyai akses kepada instagram peribadi usahawan tersebut.


Katanya lagi, dia sendiri melantik individu lain yang bertanggungjawab untuk menjaga akaun Instagramnya seandainya terlupa kata laluan.

Menurut laporan yang dipetik dari portal hiburan oijom, perkara tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Live yang dikelolakannya semalam.

“Benda tu bukan dia buat, staff dia buat. Benda tu bukan Mama Rimau (Noor Kartini) buat.


“Macam ni, mereka memang ada akses untuk Instagram bos-bos mereka. Memang benda tu basic.



“Ya, anda kena percaya benda tu bukan daripada Mama Rimau. Penulisan itu pun bukan daripada dia. Memang mereka (kakitangan) ada akses personal Instagram. Rosix sendiri ada orang jaga,” katanya.


Menurut Kartini, pengurus media sosial yang memiliki akses ke akaun Instagramnya memuat naik tangkapan layar tersebut tanpa sengaja.


Sumber : Oijom


No comments:

Powered by Blogger.