Header Ads

(VIDEO) 'Total lockdown' dua minggu seluruh negara bermula 1 Jun, kata Muhyiddin Yassin

 


Hari ini sebanyak 8290 kes baharu yang membabitkan 8288 kes tempatan dan 2 kes import telah direkodkan di negara kita menjadikan angkat tersebut sebagai tertinggi sejak negara dilanda pandemlk C0VlD-19 sejak tahun lepas.


Jumlah keseluruhan setakat hari ini sudah melebihi angka setengah juta atau lebih tepat 549514 kes seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Tidak ingin mengambil risiko keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia, perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengambil pendekatan melaksanakan total lockdown dua minggu di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada malam Jumaat, berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara




“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan C0vid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang meninggaI dunia akibat wa.bak ini dan jumlah kematlan semakin meningkat.


“Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas turut mempengaruhi keputusan hari ini,” jelas kenyataan tersebut. 


Sumber : UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.