Header Ads

(VIDEO) Usahawan kosmetik buat pengakuan berani tak suka solat semasa 'live' bersama netizen, ini teguran dari Mufti Kelantan

 


Suka sebenarnya apabila melihat ramai anak bangsa kini semakin berani untuk menceburi bidang perniagaan dan sudah semakin ramai yang bergelar jutawan.


Namun apa yang kita perolehi sekarang ini adalah dengan izin dari yang Maha Pencipta. Sepatutnya bila dilimpahkan dengan rezeki kita ingat dan berterima kasih dengan tuhan. Namun lain pula yang berlaku dengan seorang usahawan kosmetik wanita ini.


Baru-baru ini heboh dimedia sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang usahawan kosmetik wanita yang ketika itu sedang buat 'live' dengan peminatnya dengan tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.


Klip video berdurasi 27 saat itu memaparkan wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.


"Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.


"Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. 'Macam mana Aiman ambil air sembahyang' (tanya pada orang sebelah)," kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut dibuat.


Menerusi laporan yang dipetik dari mStar Online, tindakan tanpa menggunakan otak usahawan wanita terbabit yang selamba membuat pengakuan itu membangkitkan amarah netizen khususnya masyarakat Islam.


Susulan dari tersebarnya video kontroversi terbabit, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan para pengikutnya perlu membuat penapisan dan penilaian secara baik terhadap video yang tular.


"Kita perlu membuat penapisan dan menilai bukan sahaja melihat siapa yang bercakap, tetapi kita juga menilai apa yang dikatakan. Jangan hanya pandang pada siapa yang bercakap.

"Dalam Islam, dua perkara ini kena lihat siapa yang bercakap dan menilai apa yang dikata. Kalau seperti yang didakwa, dia berbangga atau kejahilannya kerana tak suka sembahyang, tak tahu wuduk, ini adalah perbuatan yang tidak baik.


"Perbuatan yang tidak baik, tidak seharusnya diuar-uarkan. Jadi, tidak baik kalau kita berbangga atau mendedahkan perbuatan-perbuatan buruk kita," katanya lagi kepada mStar.


"Jika dia dalam kalangan orang-orang yang jahil, maka balaslah percakapan orang-orang yang jahil itu dengan memberi kesejahteraan.


"Ertinya kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini... adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kejahilannya atau kerana dia berbangga dengannya, ia dua isu yang berbeza," katanya.


Mohamad Shukri juga akan meminta pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk mengendalikan perkara ini.


"Sekiranya dia jahil, pihak penguatkuasa akan mendamping orang ini dan memberi bimbingan. Kalau dia tak tahu ambil wuduk, beri bimbingan bagaimana ambil wuduk.


"Berdasarkan hasil slasatan itu nanti barulah kita ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Kalau masih berulang-ulang dan sudah diberi nasihat, tetapi dia berkeras juga maka tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.