Header Ads

Vivy Yusof Tak Boleh Tidur Fikir Kesudahan Nasib Rakyat PaIestin

 


Usahawan dan juga pengasas jenama dUCk Scarves, Vivy Yusof seperti yang kita tahu seorang yang sentiasa prihatin dan peka dengan apa yang berlaku terutamanya kepada saudara seagama kita.


Menurut laporan dari portal hiburan ROTIKAYA, Vivy mengakui dia tidak dapat tidur setiap kali teringat nasib menim.pa umat Islam di sana.


Kata Vivy lagi, sebagai insan bergelar ibu hatinya sayu melihat nasib kanak-kanak di sana ada yang kehilangan ibu bapa.



“Hati saya han.c0r ketika membaca berita tentang apa yang berlaku di PaIestin. Saya tidak dapat tidur malam memikirkan apa lagi yang boleh saya lakukan. Sebagai seorang ibu, melihat rakaman anak-anak di sana telah memuk0I saya dengan ter0k,” katanya.


Susulan itu, Vivy turut serta melancarkan Tabung PaIestin di bawah nama syarikatnya The dUCk Group atas kerjasama dengan Pertubuhan Viva PaIestina Malaysia (VPM).


Dalam masa yang singkat, tabung kece.masan itu berjaya meraih sebanyak RM 1 juta selepas 2 hari dilancarkan. Lebih sebak, Vivy turut berkongsikan ada ibu bapa memaklumkan anak-anak mereka turut menderma duit raya mereka ke tabung tersebut.


“Ada ibu bapa telah menghantar pesanan saya di Instagram memberitahu bahawa anak-anak mereka menderma dari duit raya baru-baru ini dan itu sangat menyentuh hati,” ujarnya.


Dalam pada itu, Vivy memaklumkan kumpulan dUCk juga akan melancarkan koleksi khas, “The PaIestin dUCk” pada bulan Jun di mana 100 peratus keuntungan dari koleksi tersebut akan disumbangkan kepada VPM.

 

SUMBER  MALAYSIA GAZETTE

ARTIKEL DARI ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.