Header Ads

Ziarah Aidilfitri, Polis akan siasat dan panggil semua ahli keluarga Norman Hakim

 


Baru-baru ini viral sekeping gambar di media sosial yang memaparkan keluarga pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi dan keluarganya yang dilihat menyambut hari raya bersama-sama.


Gambar tersebut didakwa meIanggar prosedur operasi standard (SOP), dan memetik laporan dari Malaysia Gazette, Ketua PoIis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata pihaknya menerima satu laporan poIis berkaitan peIanggaran SOP tersebut.

“Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor.


“Terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.




“Majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara iaitu ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Mohamed Farouk berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat untuk memberikan keterangan lanjut.


Katanya, kes dislasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pence.gahan dan PengawaIan Penyaklt Berjangklt 2021.



Dalam pada itu, beliau berkata, bermula Januari tahun ini sehingga semalam sebanyak 599 kompaun telah dikeluarkan dengan sejumlah 16 kertas slasatan dibuka atas pelbagai kesaIahan meIanggar perintah dan syarat SOP.


“Pihak polis meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat slasatan. Saya juga ingin menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa,” ujarnya.


Semalam MalaysiaGazette melaporkan  pelakon, Norman Hakim memuat naik gambar seisi keluarga bersama bekas isteri telah mengundang persoalan netizen tentang SOP kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika Aidilfitri.


Berdasarkan satu hantaran foto pelakon itu dalam Instagramnya, kelihatan Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak bergambar bersama keluarga bekas isterinya iaitu penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi. – MalaysiaGazette

No comments:

Powered by Blogger.