Header Ads

Anak Perempuan Founder Kosmetik Kontroversi Yang DipukuI Oleh Ibu Dan Ayah Angkat Ceritakan Apa Yang Sebenarnya Berlaku

 


Usahawan kosmetik yang pernah viral sebelum ini kerana mengaku tidak suka menunaikan solat dipercayai telah memukuI anak perempuannya yang berusia 16 tahun selepas bengang dengan status yang dimuat naik oleh remaja itu menerusi aplikasi whatsapp.

Kejadian itu dikatakan telah berlaku pada jam 4.30 petang semalam di rumah mereka di Kampung Pauh di sini, remaja berkenaan dipercayai turut dipukul oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun.

Menurut ketua polis daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata , berdasarkan siasatan, sebelum kejadian berlaku, mang.sa telah dipanggil oleh ibunya yang berusia 33 tahun selepas tidak berpuas hati dengan status melalui WhatsApp yang dimuat naik remaja berkenaan.


Katanya, apabila keluar dari bilik, ibunya telah mema.rahi remaja itu dan dia diheret oleh bapa tirinya sebelum menam.par mang.sa beberapa kali pada bahagian pipi.



“Selepas itu, wanita berkenaan telah bertindak memu.kul kepala anaknya menggunakan tangan. Ibu remaja itu kemudian telah cuba memu.kul mang.sa dengan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri.


“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status yang dimuat naik mang.sa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurut Mohd. Nasaruddin, siasatan mendapati status yang dimuat naik oleh mangsa telah dipadamkan.


Katanya, bagaimanapun, tiada sebarang ugutan jen.ayah yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa tirinya semasa kejadian.


“Hasil pemeriksaan terhadap mang.sa yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati dia mengalami beng.kak pada bahagian kiri kepala, lvka pada bahagian dalam pipi dan leb4m pada beberapa anggota badan.


“Slasatan mendapati, mang.sa yang sudah berkahwin tinggal bersama ibu, bapa tiri dan suaminya di rumah tersebut,” katanya.


Menurut Mohd. Nasaruddin, kedua-dua susp.ek telah dita.han pada pukul 9 malam tadi untuk membantu slasatan.


Kredit: Puteri Ekora via ekming Ee Sohorr

No comments:

Powered by Blogger.