Header Ads

"Apa salahnya bagi RM1 sahaja" - Ameng Spring mengaku terdesak cari wang, sudah cuba berniaga macam-macam tapi tak menjadi

 




"Memang saya terdesak. Kemudian, kita pula tak boleh buat apa-apa,".


 Demikian kata penyanyi Ameng Spring mengulas kewajarannya untuk menyanyi secara langsung

menerusi Facebook Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1 daripada peminat.


   Ameng berkata, bukan setakat terdesak mencari wang, tetapi banyak faktor membuatkan dia setuju menerima tawaran itu.


   "Seperti yang saya katakan, pertamanya saya terdesak. Keduanya, saya duduk rumah pun  tak buat apa-apa.



   "Saya dah cuba berniaga macam-macam, tapi tak menjadi. Cuba buat itu dan ini pun, tapi tak ada juga orang nak beli. Apabila penyanyi Fredo tampil dengan idea ini, ia sesuatu yang baik.


   Dia tawarkan peluang ini dan saya terima kerana kami sering buat show bersama," katanya kepada Harian Metro.


   Menurutnya, saluran AVOL adalah idea Fredo bersama Jatt dan Hasnol serta sudah dimulakan sejak 2 Jun lalu.


   "Bila dah berjalan dan dapat kutipan yang baik, mereka terfikir nak pelbagaikan artis kerana program bersiaran secara langsung setiap hari, bermula jam 5 petang.


   "Saya tampil menyanyi hari ini selama sejam setengah. Nyanyian saya, boleh ditonton di page AVOL tanpa had.



   "Ada juga kapsul aktiviti dan berinteraksi dengan peminat. Kiranya program ini lebih kepada pengisian ketika sekatan pergerakan penuh (SPP)," katanya.


   Ameng juga berkata, 14 hari SPP sebenarnya bukanlah satu tempoh yang singkat dan ia amat membosankan.


   "Rasanya sama macam duduk dalam penjara. Satu hari, macam rasa sebulan dan makin lama duduk rumah pun bosan juga.


   "Dalam hal ini, duit jatuh nombor dua kerana ia hanya pengisian buat masa sekarang. Apapun, kita tahu dah habis SPP nanti suasana pasti akan rancak kembali.


   "Kita dah pernah lalui situasi ini dalam fasa terdahulu. Lainlah PKP Bersyarat, saya tak kisah sangat kerana boleh juga keluar rumah," katanya.


   Menurut Ameng lagi, RM1 untuk menonton hanya syarat dan sekiranya peminat menyumbang lebih dari itu, amat dialu-alukan.


   "Sekiranya bagi lebih, lagi bagus. Yang penting, mereka (penonton) ikhlas. Kalau tak bagi pun tak kisah dan mereka tetap boleh tengok. Tapi, apa salahnya bagi RM1 sahaja. Apapun, saya percaya masyarakat kita bukan jenis yang berkira," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.