Header Ads

Golongan Anti-Vaksin boleh didakwa kerana menakutkan orang ramai dengan fakta B0D0H

 


Semakin hari semakin ramai individu tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan fahaman αnti-vαksin mereka dengan hujah-hujah yang tak masuk akaI.


Bagi memastikan keadaan ini tidak terus diambil mudah, Menteri Undαng-Undαng, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi amαran kepada mana-mana pihak yang cuba menghαsut orang ramai untuk tidak mendapatkan suntikan vαksin C0VlD-19 untuk didakwa di bawah Akta Hαsutan 1948.

"Selain Akta Hasutan, kita juga mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021.


"Kita tidak perlukan undang-undang baharu, boleh guna undang-undang sedia ada," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pengagihan sumbangan kepada penerima vaksin Parlimen Kota Bharu di pejabatnya di sini, hari ini.


Takiyuddin turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat berbentuk provokasi berhubung pandemlk C0VID-19.


"Dalam keadaan kerajaan berdepan pandemlk CoVID-19, saya minta jangan timbulkan suasana tidak tenang dengan menyebarkan pelbagai maklumat palsu dan boleh menjejaskan keamanan.


"Itu nasihat kerajaan dan sekiranya ada yang masih ingkar, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya sebagai pilihan terakhir jika keadaan tidak terkawal," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, belum ada keputusan dibuat berhubung cadangan mengenakan kompaun ke atas individu yang gagal hadir janji temu suntlkan vaksln C0VID-19.


Katanya, kerajaan masih berpegang kepada dasar suntikan itu percuma dan diambil secara sukarela.


"Ada jawatankuasa khas di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengendalikan isu vaksin berkenaan.



"Bagaimanapun, kita dukacita kerana ramai penduduk gagal hadir termasuk di Kelantan.


"Kita tidak tidak mahu berlaku pembaziran dos vaksin dan mungkin ada kaedah perlu dibuat supaya mereka yang tidak hadir dapat digantikan dengan orang lain," katanya.


Mengikut laporan sebelum ini, cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksln C0VID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi C0VID-19 (CITF).


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dilaporkan berkata, langkah mengenakan penalti terbabit dan mewajibkan pengambilan vaksln C0VID-19, dilihat hanya boleh diambil selepas pendekatan sukarela atau usaha pendaftaran menerusi pelbagai saluran termasuk MySejahtera dan secara bersemuka dilaksanakan sepenuhnya.

Sumber : berita harian online

No comments:

Powered by Blogger.