Header Ads

Mulai sungguh hati Datin Noor Kartini, beli ayam 3 ekor dan masak kari ayam untuk kongsi rezeki bersama 40 tukang sapu sampah

 




Meskipun terpalit dengan kontroversi tempoh hari, namun ianya tidak mematahkan semangat ibu kepada selebriti popular Neelofa untuk terus menjalankan kerja-kerja amal dan berkongsi rezeki sesama yang memerlukan.


Baru-baru ini Datin Kartini dilihat telah mengemaskini akaun instagramnya dengan berkongsikan gambar dia menyediakan dua menu iaitu roti bakar dan kari ayam untuk diagihkan kepada 40 individu. Datin Kartini berkongsikan rezeki itu bersama dengan tukang sapu sampah yang bekerja di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).


“Wow periuk besar hari ini. Aunty Tini masak tiga ekor ayam..banyak. Sebab kita nak bahagi dekat orang bekerja di tepi jalan, yang tengah sapu daun kering dekat kawasan Taman Tun. Kita hantar makanan dekat mereka.


“40 kepung roti dah siap bakar..kari ayam pun dah siap. Kita kongsi rezeki, mesti mereka gembira,” katanya.




Dalam pada itu, Noor Kartini sempat berkongsikan gambar tukang sapu sampah yang tersenyum menerima bungkusan makanan serta sampul duit raya.

Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.