Header Ads

Nikah kat Kedah tapi sekarang ada kat Terengganu, Netizen pertikai pengasuh Siti Aafiyah rentas negeri ketika PKP

 


Tahniah diucapkan kepada pengasuh Siti Aafiyah yang telah selamat melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dengan jejaka pilihan hatinya.


Menurut sumber, Datok Siti Nurhaliza sponsor baju kahwin kepada pengasuh anaknya itu.


Namun disebalik kisah gembira itu, ada segelintir netizen mempersoalkan pengasuh anak penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Hidayah Zubit melanggar peraturan apabila dikatakan berada di Terengganu.


Beliau baru sahaja bernikah bersama pasangannya, Mohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II pada 31 Mei lalu.


Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Sungai Petani, Kedah.


Mereka turut mempersoalkan mengapa pasangan pengantin itu boleh merentas negeri, walhal beberapa mukim di Terengganu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Antaranya:

@slymochoco_terengganu – “Nak tanya macam mana lepas rentas negeri? Dah suami dia tu rano bulih gi pah Penang.”


@on_target7- “Kan… nak tahu gak.”


@kudapkudap72 – “Pelikla jugak sebab dia nikah kat Kulim, make up kat Penang and pergi shoot dekat Sungai Petani. Kata tak boleh rentas daerah alih-alih pergi merata.”


@ellyawee – “Bukan sengaja dengki, tapi dah banyak kes macam ni yang timbulkan kluster. Orang pertikai sebab orang risau, kita jaga kita kan?


“So, please la stop claim orang dengki. Orang risau bukan saja-saja. Tapi apa-apa pun kita doa yang baik-baik je. Tu pun nampak Dayah dan husband pun ade swab test ni, doa-doa tak timbul apa-apa kluster la. Jangan lupa jaga sop juga. Selamat pengantin baru.”


@chetah79 – “Urusan nikah kahwin memang boleh.. Dah ada surat polis, senanglah.”


Pun begitu, menerusi perkongsian di laman sosial Instagram Ridzuan memaklumkan mereka telah menjalani ujian calitan C0vid-19 sebaik sahaja tiba di sana.


“Jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dulu. Welcome to Terengganu my wife,” kongsinya.


Barangkali, menerusi perkongsian berkenaan menjawab persoalan warga maya.


Tujuan Hidayah dikatakan merentas negeri adalah mengikut suaminya pulang ke kampung sebaik sahaja sempurna majlis pernikahan mereka di Kedah.


Sumber : Sinar Plus

No comments:

Powered by Blogger.