Header Ads

Pak guard kacak tiba-tiba jadi perhatian gadis, video ‘catwalk’ turun tangga raih lebih setengah juta tontonan

 


Jika kita perasan, pekerjaan sebagai pengawal keselamatan atau lebih dikenali sebagai pak guard ini sinonim dengan mereka yang sudah berusia ataupun warga asing.


Ini kerana, anak muda lebih berminat untuk bekerja di pejabat atau sektor perkilangan.Namun jangan terkejut apabila seorang anak muda yang baru berusia 20 tahun dan punyai wajah persis model tidak memilih kerja dan menjadi pengawal keselamatan sebagai kerjayanya.


Pak guard tersebut yang bernama Nur Haadi Abdul Rani adalah seorang pengawal keselamatan yang boleh dikatakn paling popular di media sosial kerana memiliki hampir 40000 pengikut di tiktok.


Pemuda yang berasal dari Terengganu bersyukur apabila video-video yang dikongsi olehnya sedikit-sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap kerjaya itu.


"Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ni. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.


"Mungkin ada juga yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.


"Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya.


"Bukan sahaja lelaki, perempuan pun ramai tanya saya untuk sertai kerjaya ini,"

"Mula-mula mak macam tak bagi sokongan. Sebab risiko tinggi. Mak risau. Tapi bila lepas sebulan, Alhamdulillah mak terus bagi sokongan sampai sekarang.


"Kawan-kawan pun bagi sokongan. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat," ujarnya.


Dalam pada itu, Haadi juga gembira apabila menerima reaksi positif netizen di TikTok.


Kata Haadi, dia pada awalnya pernah menerima komen negatif namun langsung tidak ambil hati dengan apa yang berlaku.


Alhamdulillah, semua komen positif. Masa awal dulu ada yang mesej, dia kata... security je pun.


"Tapi saya tak ambil hati. Alhamdulillah, gaji security pun OK. Boleh tampung kehidupan saya dengan mencukupi.


"Biasalah media sosial, mesti ada yang negatif. Tapi saya tak kisah," ujarnya.


Selain itu, Haadi turut bersyukur apabila ada kedai-kedai makan dan pemilik produk yang menghubunginya untuk membuat reviu.


Kata Haadi, dia masih belum bersedia untuk menerima tawaran itu, namun bersyukur dengan tawaran diterima yang mana ia dianggap sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.


"Saya dapat banyak mesej. Yang nak berkenalan pun ramai. Tak ternilai. Yang minta buat reviu pun ada.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.