Header Ads

PH mahu kerajaan beri bantuan one-off dinaikkan dari RM500 ke RM2,000

 


Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan menggesa kerajaan menaikkan bantuan pemberian sekali beri (one-off) daripada RM500 kepada RM2,000.


Jawatankuasa itu berkata meskipun mereka menyokong keputusan kerajaan melanjutkan penutupan penuh fasa kedua di seluruh negara selama 14 hari lagi, namun pakej bantuan kepada rakyat yang terkesan dan menyeluruh mesti diberikan.


"Bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500) atau RM300 (RM2,500-RM5,000) masih terlalu kecil dan hanya menerima bantuan tersebut pada hujung bulan ini.


"Cadangan Jawatankuasa adalah pemberian bantuan one-off mesti dipercepatkan dan dinaikkan ke RM2,000 dan RM1,500 masing-masing," katanya dalam kenyataan.




Jawatankuasa itu juga mencadangkan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan diberikan kepada golongan M40 seperti yang dipersembahkan Lim Guan Eng kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.


"Setakat ni hanya B40 sahaja yang diberikan, sedangkan M40 juga terjejas teruk," kata jawatankuasa itu.


Untuk rekod Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 5 Jun lalu berkata moratorium menyeluruh tidak dapat dilaksana tanpa kos ditanggung kerajaan.


Zafrul berkata langkah "memaksa" bank memberikan moratorium menyeluruh akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi bagi jangka panjang.


Mengulas lanjut, Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH juga menuntut subsidi upah dilanjutkan kepada tiga bulan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mengelakkan pekerja dibuang kerja sebagaimana saranan kumpulan majikan dan pekerja.



Ia juga menuntut supaya subsidi atau rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak 30 peratus diberikan kepada pengguna domestik memandangkan penggunaan elektrik di rumah bertambah.


Selain itu mereka berkata Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan kepada jenis-jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP 3.0.


"Telah berlaku inslden di mana terlalu banyak kelonggaran diberikan kepada pelbagai jenis perniagaan untuk beroperasi, iaitu lebih daripada 17 sektor yang dibenarkan.


"Keadaan ini tidak membantu, malahan merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemlk Covld-19," katanya.


Sekatan penuh PKP atau 'total lockdown' yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi, berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi, iaitu melebihi 5,000 kes sehari.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Powered by Blogger.