Header Ads

Polis tidak akan buka kertas siasatan, program All Together Now Malaysia rakaman lama, kata Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali

 



Sejak dari semalam kecoh kononnya berlaku peIanggaran SOP oleh selebriti yang terlibat dalam menjayakan rancangan All Together Now Malaysia (ATNM).


Namun hari ini menerusi laporan dari Kosmo! Online, pihak polis menyatakan tiada keras siasatan yang akan dibuka.Semakan pihak polis mendapati rakaman program realiti nyanyian itu dijayakan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

“Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.


“Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” kata Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali 



Rata-rata pengamal media semalam  melaporkan bahawa program pencarian bakat terbaharu itu terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran SOP selesai.


Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.


MKN turut dilaporkan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP tular dalam media sosial yang akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).



Terdahulu, program tersebut tular di laman media sosial selepas ramai netizen tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut yang didakwa dilaksanakan ketika negara sedang dilanda pandemik.


Rata-rata netizen berpendapat, program tersebut tidak mematuhi SOP kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.


Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. 

Sumber: Kosmo! Online (Eddy Aqmal Mohamed Hamidi)


No comments:

Powered by Blogger.