Header Ads

Ramai lega, ucap terima kasih tidak terhingga pada ‘abah’

 


Ramai rakyat menarik nafas rasa lega selepas mendengar Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.


Tinjuan Kosmo! di pelbagai laman media sosial mendapati rata-rata rakyat menyifatkan pakej bantuan yang diumumkan itu sedikit sebanyak memberi suntikan motivasi untuk mereka mengharungi detik mencabar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 ketika ini.


“Alhamdulillah syukur. Walaupun bujang dapat RM200, saya bersyukur kerana bukan mudah bagi orang seperti saya untuk mendapatkan nilai tersebut secara percuma. Jika kita bersyukur akan ditambah lagi nikmat kita.


“Terima kasih semoga Allah permudahkan segala urusan abah, mengganjari usaha abah dan kerajaan dengan sebaik-baik ganjaran,” luah pemilik akaun Facebook bernama Humi Umie.


“Perdana Menteri sudah buat yang terbaik untuk rakyat bersyukur la. Jangan dikecam dicaci maki sekurangnya rakyat dapat juga bantuan,” ulas Nur Fitrah Kamal.


Ada juga dalam kalangan netizen mahu segala bantuan yang diumumkan disalurkan secara telus dan sampai kepada golongan sasar.


“Pastikan ahli parlimen bagi dan salurkan betul-betul RM300,000 seperti diamanahkan kepada rakyat. Jangan kurang sudah,” ujar Ahmad Bukhari



Selain itu, ramai juga di antara netizen meluahkan rasa bimbang dengan angka kes C0vid-19 yang tidak menunjukkan penurunan yang begitu ketara.


“Abah, sepatutnya kilang besar tutuplah sekejap sebulan. Bagi bantuan macam-macam pun tak berguna kalau kluster tempat kerja masih banyak,” ujar Nurull Malik II. – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.