Header Ads

Saya gemuk tapi saya ada segalanya, bapa saya Amy Search, kata Nabila Huda

 


Naik angin dan bengang dengan netizen , pelakon Nabila Huda memberi ama.ran keras kepada individu yang suka membanding-bandingkan bentuk badannya dengan orang lain.




Menerusi satu hantaran dalam Instagramnya, Abil kelihatan geram dan tidak senang apabila mendakwa masih ada pihak memperI.ekehkan bentuk badannya.




“Saya bagi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang suka membanding-bandingkan bentuk badan saya. Lebih baik awak berhenti kalau tidak mahu saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menya.klti hati anda dan keluarga.







“Awak kenal saya, tetapi sebenarnya awak tidak tahu siapa saya yang sebenarnya. Saya bersuara mewakili, sama ada lelaki dan perempuan yang melalui benda ini (fizikal diperIekeh),” katanya.




Dalam hantaran itu juga, Nabila dengan tegas meminta masyarakat supaya berhenti daripada sewenang-wenangnya membuat perbandingan tentang fizikal orang lain.




“Tidak kira macam mana rupa kita, rambut kita, kulit kita dan bentuk badan kita, setiap orang dilahirkan cantik dengan cara mereka sendiri. Berhenti membanding-bandingkan,” jelasnya.





Dalam pada itu, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi, 36, turut menyenaraikan beberapa kelebihan yang ada dalam hidupnya walaupun mengakui kini berbadan gemuk.




“Saya gemuk, tapi saya berkahwin, ada suami dan anak. Saya ada rumah, boleh memasak, bahagia, ada kerjaya.






“Saya adalah pemenang aktres terbaik, kulit saya cantik, saya ketawa siang dan malam, hidung saya mancung, bibir sayas3k.si dan saya dilahirkan popular,” tulisnya dalam Instagram.




Tambahnya lagi, dia turut memiliki tujuh ekor kucing, dua buah kereta dan motosikal serta disayangi semua orang.




“Bapa saya Amy Search (penyanyi terkenal). Awak ada? Awak tidak ada apa-apa,” katanya.




Perkongsian Nabila itu turut mendapat perhatian dan sokongan oleh rakan-rakan selebriti lain antaranya Erma Fatima, Shima Anuar, Daiyan Trisha, Mona Allen, Ika Nabella, Fizo Omar dan Adeline Tsen. – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.