Header Ads

Tampil Cantik Sentiasa Depan Suami Walaupun Duduk Di Rumah, Memey Suhaiza Kongsi Petua Rumah Tangga Bahagia

 


Seperti yang kita sedia maklum, negara kita kini sedang menjalani perintah 'lockdown' bagi mengekang penularan wa.bak C0VlD-19. Susulan perlaksanaan lockdown ini kebanyakan sektor yang bukan keperluan dan penjawat awam yang tidak berkaitan bekerja dari rumah.


Baru-baru ini pelakon, Memey Suhaiza menarik perhatian netizen apabila satu hantaran beliau di laman sosialnya menarik minat netizen kerana dia tampak kelihatan jelita dan manis meskipun hanya duduk di rumah sahaja sepanjang PKP ini.


Memey dilihat telah berkongsi hantarannya di rumah untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.


Tambahnya lagi, dia akan sentiasa bersiap dan memakai pakaian cantik meskipun hanya berada di rumah untuk tampil menarik di hadapan suami.


“Day 2 lockdown, tips nak kekal bersemangat setiap hari. Bangun pagi, bersiap cantik-cantik juga baru kita rasa bersemangat. Takde malas-malas, takkan nak keluar je baru nak cantik. Suami kan ada di rumah, so kita cantik untuk suami..”


Dalam video itu, turut kelihatan suami tersayang, pelakon Norman Hakim yang berada di rumah menjalani PKP bersama-sama anak-anak dan isteri dalam mematuhi SOP PKP 3.0 ketika ini.


Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen memuji memey suhaiza yang dilihat semakin cantik dan tetap kekal muda remaja seperti dulu.




Untuk rekod, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi,32, telah mendirikan rumah tangga bersama Norman pada September 2011 yang lalu.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim,6, Muhammad Dikhriz Hakim,5, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia dua tahun.


SUMBER : Instagram Memey Suhaiza via beautifulnara

No comments:

Powered by Blogger.