Header Ads

Tauke restoran ikan baung masak tempoyak ramai termenung melihat hasil pendapatan sekarang

 


Seperti yang kita sedia tahu, berikutan keputusan kerajaan melaksanakan PKP dan terkini LockDown bagi mengekang penularan pendemlk C0VlD-19, ianya ternyata memberikan satu cabaran kepada peniaga dan pengusaha kedai makan.


Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini PKP Diperketatkan (PKPD) di seluruh Mukim Kuala Berang sejak Sabtu lalu menyebabkan lebih 10 restoran yang popular dengan sajian itu bertukar sepi.


Pengusaha Restoran Aroma Kampung, Siti Fatimah Kassim, 36, berkata, jika dahulu pendapatan hariannya melebihi RM3,000 sehari tetapi kini merosot hampir separuh kerana kekurangan pelanggan.



Katanya, walaupun ada rakan-rakan peniaga lain yang memilih menutup sementara perniagaan bagi mengelak kerugian lebih besar, namun operasi kedainya diteruskan demi memastikan 11 pekerja tidak hilang mata pencarian.


“Sepanjang sembilan tahun berniaga, kedai saya tidak pernah kosong dan kebiasaannya kawasan parkir penuh dengan kenderaan orang luar, namun kini selang sejam, barulah ada dua atau tiga pelanggan.


“Kita terpaksa mengecilkan kuantiti makanan daripada 70 kilogram ikan baung sehari kepada 20 kilogram  untuk tidak membazir,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.


Pemilik Warung Mr Baung Asam Pedas Tempoyak, Latifah Abdullah, 50, pula bimbang masa depan perniagaan yang sudah 14 tahun diusahakan di Kampung Basung itu jika sekatan pergerakan penuh (total lockdown) berlanjutan.


Katanya, kedudukan kedainya di laluan ke Tasik Kenyir menyebabkan dia hanya bergantung kepada pelanggan dalam kalangan pelancong.


“Sebelum ini, waktu hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum amat dinantikan kerana jumlah pelanggan yang berganda tetapi kini saya serta pekerja hanya termenung melihat meja yang kosong.


“Orang kampung jarang membeli ikan baung tempoyak sebab masing-masing tahu menyediakan menu ini di rumah, jadi saya berharap sangat situasi C0vid-19 segera reda dan aktiviti rentas daerah dibenarkan bagi membolehkan kami terus bernafas,” katanya yang kini hanya memiliki empat pekerja manakala 13 lagi terpaksa diberhentikan.


SUMBER -UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.