Header Ads

Terima hadiah dua kapak dari netizen, Suhaimi Saad nak balas budi beri dua batu nisan

 


Baru-baru ini Suhaimi ada mengumumkan kepada peminatnya di laman instagram hasratnya untuk bersara dari menjadi penyanyi nasyid.


Sehari selepas itu beliau mengumumkan akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan anak-anak.


Malah, Suhaimi juga memaklumkan dia baru sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa.


Susulan pengumumannya itu, seorang netizen memuat naik posting mahu menghadiahkan Suhaimi dua bilah kapak sebagai tanda sokongan.


Perkongsian netizen itu mendapat perhatian Suhaimi yang mengucapkan terima kasih serta mahu membalas dengan memberikan dua batu nisan kepada individu tersebut.


Terdahulu, Suhaimi turut meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu In-Team ketika sesi Live.

 

SUMBER  KOPI PLANET

No comments:

Powered by Blogger.