Header Ads

Ustaz ini tiada apa-apa kelebihan pun pada kita di dunia mahupun akhirat, kata Suhaimi Saad

 


Suhaimi Saad, nama yang tidak lekang dek kontroversi. Bekas anggota kumpulan nasyid terkenal InTeam mengumumkan kepada peminatnya di media sosial dia tidak mahu lagi menjadi penyanyi nasyid serta tidak mahu orang memanggilnya ustaz kerana ia gelaran yang tidak memberi apa-apa makna.


Suhaimi berkata, berdasarkan pengalamannya selama 21 tahun berada dalam industri seni, dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia.


"Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat.


"Ia kerana Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran atau jenis muzik yang kita bawakan. Jika niat baik, senikata dan cara penyampaiannya, maka baiklah balasan yang akan kita terima.


"Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita," katanya


Tambah penyanyi itu yang lebih dikenali sebagai Mosus di media sosial, ustaz hari ini tidak lagi seperti ustaz dahulu.


"Sekarang kita ada macam-macam ustaz antaranya ustaz segera ,ustaz kaki perempuan, ustaz mencab0I, ustaz tlpu duit umrah dan pelbagai jenis ustaz lagi.


"Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat," katanya.


Menurutnya, yang paling utama bukan gelaran sebaliknya akhlak dan amalan yang dibuat. Itu yang perlu sama-sama kita rebut, usaha dan buktikan," katanya.


Sebelum ini, Suhaimi mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan di instagram @MosusOfficial yang dia kini telah 'meletak jawatan' sebagai penyanyi nasyid.


Dia kini tidak mahu lagi disapa ustaz sebaliknya lebih selesa menggunakan nama biasa.


"Saya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid, Tak perlu panggil ustaz, panggil SS (Suhaimi Saad) atau Mie saja. Siapa degil SS akan kompaun dan block (sekat)," tulisnya di Instagram.


Untuk rekod, Suhaimi pernah merakamkan album bersama isterinya, Ina Naim dan empat anak mereka berjudul Bismillah.


Suhaimi pernah berdepan pelbagai kontroversi bermula dengan perdebatannya mengenai bentuk bumi hingga kelantangannya menegur artis lain.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.