Header Ads

(VIDEO) Hanya bekerja sebagai kuli tapi ibu kekasih nak hantaran RM30,000, pemuda ini rela lepaskan buah hati

 


Sudah menjadi impian setiap pasangan yang ikhlas bercinta untuk mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan yang sah. Namun sejak akhir-akhir ini banyak keluhan yang diterima terutamanya dari kaum adam yang ternyata kecewa dengan jumlah hantaran yang diminta oleh pihak wanita yang dikatakan semakin tidak masuk akal.


Baru-baru ini viral satu video di tiktok apabila seoang jejaka yang dikenali sebagai Ahmad Syahriman membuat satu hantaran di aplikasi popular tersebut mengakui dia hanya memiliki pendapatan yang sederhana dan tidak mampu menanggung permintaan RM30,000 daripada ibu bekas kekasihnya itu.


Sedar tidak mampu menyediakan nilai hantaran seperti yang diminta, seorang pemuda terpaksa berkorban kebahagiaan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya.


Pemuda tersebut yang dipercayai bekerja sebagai pegawai kesihatan berkata dia terpaksa melepaskan kekasihnya serta mendoakan agar gadis itu dipertemukan dengan jodoh lebih baik.


Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan jumlah wang hantaran yang diminta serta mendoakan jejaka itu dipertemukan dengan wanita lebih baik.

Ramai netizen meluahkan rasa bengang dan kesal dengan jumlah hantaran yang diminta kerana ianya membebankan pihak lelaki.

Ramai juga yang pelik kenapa kita seakan-akan ingin menyusahkan/menghalang orang yang nak bina masjid, dan seakan menjadi satu trend sekarang berlumba nak letak hantaran setinggi yang boleh sampai tidak memikirkan kemampuan kewangan pihak lelaki.



Netizen juga sangat bersetuju dengan tindakan lelaki itu ‘angkat kaki’ serta mengatakan ada hikmah disebalik kejadian.




“Ibu awak minta hantaran RM30,000.. tapi saya hanya seorang kuli. Dengan itu, saya terpaksa lepaskan awak. Semoga awak dipertemukan jodoh yang baik-baik,”


Sumber : Tiktok mr_syahriman

No comments:

Powered by Blogger.