Header Ads

Berdosa 'korang' biarkan orang SAKlT beratur 10 jam, kata Najib Razak


Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa berdosa membiarkan rakyat yang saklt berada dalam kesusahan sehingga terpaksa menunggu sepuluh jam bagi mendapatkan perhatian.


Najib meluahkan rasa bimbang berhubung pengurusan kes C0vid-19 di Selangor yang gagal diurus secara berkesan.


"Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang saklt, tahu?


"Berdosa 'korang' biarkan orang yang sudah saklt untuk beratur sepuluh jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian.


"Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi pusat penilaian C0vid-19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.



"Jika kita boleh buat banyak mega PPV (pusat penerimaan vaksin), takde sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.


Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pasukan perubatan kecemasan Sabah dikerahkan ke CAC di Stadium Melawati, Shah Alam dan Dewan Sri Andalas di Klang untuk merawat keadaan pesaklt C0vid-19 yang teruk sementara menunggu kemasukan mereka ke hospital.


Ini berlaku setelah keadaan beberapa pesaklt di CAC Stadium Melawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital.


Pasukan Respons dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) yang menyediakan sukarelawan di kedua-dua CAC berkenaan berkata, mereka hanya boleh memberikan bantuan oksigen untuk pesaklt terbabit.



Ketua penyelaras Imaret, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, seramai 20 hingga 40 pesaklt tersekat di Stadium CAC Melawati minggu lalu, sesetengahnya sehingga larut malam.


"CAC dikendalikan oleh doktor dan pegawai perubatan dari klinik kesihatan. Kita perlu memulakan pasukan kecemasan di CAC," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi


Dalam pada itu, Najib berkata isu kesesakan di CAC pernah diutarakannya sebelum ini dengan memberi cadangan penyelesaian.


"Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.


"Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka?


"Ibu dengan anak, warga emas. Semua sedang saklt. Ada yang tenat. Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesaklt Covld," katanya lagi.

Sumbeer : malaysiakini

No comments:

Powered by Blogger.