Header Ads

Bermula ogos, sesiapa yang mahu ke pusat beli-belah perlu kemukakan bukti vaksinasi

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Presiden Perancis Emmanuel Macron mewajibkan vaksinasi C0vid-19 kepada kakitangan kesihatan bagi menghalang peningkatan penularan kes berkaitan varian Delta, pada Isnin.


Ketika membuat pengumuman itu, presiden berusia 43 tahun itu berkata, kakitangan kesihatan, petugas rumah kebajikan pesara dan petugas lain akan mendapat suntikan sehingga September depan.


Dalam usaha mengekang penularan waabak dan meningkatkan vaksinasi, beliau juga mengumumkan penggunaan sistem pas C0vid-19.


Bermula Ogos, sesiapa yang mahu makan di luar, berkunjung ke pusat beli-belah, festival, teater dan pawagam perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan negatif saringan.


"Negara kita berdepan dengan peningkatan jangkitan di segenap pelusuk sama seperti negara lain," katanya.

Berikut adalah respon dari netizen berkenaan isu ini.Rata-rata bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh perdana menteri Perancis itu.




Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.