Caprice dakwa disekat di Ig Ebit Lew selepas tegur isu 'show off' misi bantuan di paIestin?

Anonymous
0

 


APA sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.


Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaaza baru-baru ini.


Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi PaIestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.


"Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.


"Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.


"Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang PaIestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab," katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.


Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.


Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.


Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di PaIestin.


"Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang Gaaza tanya tentang hal berkenaan.


"Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.





"Orang Gaaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni," katanya.





Meskipun sudah dua minggu menanti, Caprice tetap positif dan berharap apa yang berlaku bukan tindakan pendakwah tersebut.


Namun, kata Caprice lagi salah seorang daripada pasukan Ebit Lew yang didakwa bodyguard pendakwah itu seolah mahu membakar lagi hubungan baiknya dan ustaz dengan melakukan parodi bercakap sepertinya.




Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top