Header Ads

DSV tidak mahu netizen bandingkan dirinya dengan Ebit Lew

 


Baru-baru ini, kenyataan jutawan terkenal Datuk Seri Vida dikecam hebat apabila meminta mereka yang terjejas diluar sana supaya berusaha daripada bergantung dengan bantuan bendera putih sahaja.


Menerusi video terbaru, Vida tampil menjelaskan kenyataannya itu dimana dia mahu memberi semangat kepada mereka di luar sana untuk berusaha mengubah nasib hidup.  Malah, dia tidak menghalang bantuan bendera putih.


“Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata. Habis takkan mereka nak duduk saja?


“Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.



“Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga? Itu yang saya maksudkan,” katanya.


Dalam pada itu, Vida turut meminta orang ramai tidak membanding-bandingkan dirinya dengan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew.


“Saya bukan Ebit Lew, aku dari susah sekarang senang, Dia dia aku,aku. Tidak sama diciptakan. Kalau semua diciptakan sama maka tiadalah orang sesak tiadalah orang kaya,” katanya.


Dan berikut adalah beberapa respon dari netizen yang diambil dari ig DSV.





Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.