Header Ads

Ezydurian mohon sumbangan netizen untuk bayar kompaun RM10k kerana tidak patuhi SOP PKP

 


Baru-baru ini kedai menjual durian terkenal, Ezy Durian telah dikompaun RM10000 oleh pihak berkuasa kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


Bagaimanapun, menerusi satu hantaran terbaru di facebook Ezy Durian, pengendali laman facebook tersebut dilihat telah memuat naik satu hantaran rayuan sumbangan dari orang ramai untuk menghulurkan sedikit sumbangan seikhlas hati bagi meringankan beban yang di tanggung..


Menurutnya lagi, kompaun RM10k adalah satu jumlah yang agak besar bagi peniaga kecil seperti kami, jumlah ini sedikit sebanyak memberi kesan kewangan yang agak berat untuk syarikat kami lalui..


JUMLAH TERKUMPUL setakat 11am : RM 2,302.00


Sumbangan untuk membayar kompaun 10k.


Pada 9.7.2021 (semalam), ezydurian telah membuat satu jualan peghargaan kepada followers di Taman Bolton.


Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sehingga kami terpaksa topup 2 lagi lori durian.


Terima kasih semua orang Gombak yang datang support.


Akan tetapi, disebabkan pembeli yang datang terlalu ramai, berlaku beberapa perIanggaran SOP c0vid 19.



Pada jam lebih kurang 4pm, bertindak atas aduan, pihak polis beserta MPS telah datang membuat pemeriksaan di kedai kami dan memberikan kompaun sebanyak RM10,000 + RM250 (ada beberapa kesalahan yang Pihak Polis hendak kompaun tapi atas budi bicara mereka kompaun 1 kesalahan sahaja.. terima kasih Abam Polis yang baik hati)


Setelah berbincang dengan pihak Polis, mereka menyatakan sekiranya pihak kami membuat bayaran dalam masa 7 hari dari tarikh Kompaun, jumlah tersebut akan dikurangkan 50% sebanyak RM5000 + 250.


"Yup.. kami akui kesilapan yang berlaku dan kami akan cuba perbaiki pada masa akan datang.

kami ingin memohon jasa baik anda untuk menghulurkan sedikit sumbangan seikhlas hati bagi meringankan beban yang kami tanggung..

Semoga dengan setiap bantuan yang anda berikan akan dibalas sebaiknya.."


Sehingga artikel ini ditulis, seramai 453 netizen menghulurkan sumbangan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM2312.00.


Sumber : FB Ezy Durian

No comments:

Powered by Blogger.