Header Ads

Kluster Aidiladha dipercayai punca kes meningkat mendadak di Kelantan

 

Gambar hiasan

Peningkatan kes C0vid-19 di Kelantan sejak beberapa hari ini disebabkan oleh Kluster Hari Raya Aidiladha dan juga kluster pasar-pasar lama.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kewujudan kluster-kluster itu menyebabkan peningkatan kes yang agak mendadak semalam.


"Hampir setiap hari kita rasa bimbang dari segi peningkatan kes, tetapi kita sentiasa memantau.


"Jadi mungkin kelmarin ada peningkatan agak mendadak yang disebabkan aktiviti hari raya dan sebagainya," katanya.

Gambar hiasan


Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Outreach Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan du Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga di sini, hari ini.


Seramai 400 individu akan menerima vaksin di program itu yang diadakan selama dua hari,bermula hari ini.


Turut hadir, Adun Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kecik.


Mengulas lanjut Dr Zaini berkata, beliau berharap kes itu dapat dikurangkan kepada satu angka yang munasabah pada masa akan datang.

Gambar hiasan


"Mungkin kes C0vid-19 akan stabil dalam tempoh seminggu lagi jika semua rakyat memberi kerjasama dengan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.


"Jika kes C0vid-19 dalam angka 300 sehari, penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang ada di Kelantan dapat dioptimumkan.


"Sebaliknya, jika kes meningkat, kemungkinan Kelantan akan membuka PKRC baharu," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.