Makhluk asing dijangka akan mendarat di Bumi pada 24 Mei 2023

Anonymous
0

 




Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya  pengembara masa, meramalkan bahawa makhluk asing setinggi 213 sentimeter bakal mendarat di Bumi, Mei tahun depan, lapor akhbar The Sun semalam.


Pengguna TikTok yang menggunakan akaun @Futuretimetraveller itu berkata, tarikh sebenar ketibaan makhluk asing itu adalah pada 24 Mei 2023.


“Berdasarkan masa saya, terdapat banyak makhluk asing daripada pelbagai jenis akan hidup di sini sebagai penduduk Bumi pada masa depan,” katanya.



Individu yang mendakwa dirinya datang dari masa depan itu turut menamakan kumpulan makhluk asing itu sebagai ‘Nirons’ yang akan tiba secara aman.


“Amerika Syarikat (AS) akan menyeerang makhluk asing tersebut serta memulakan ‘peerang antara dimensi’,” ujarnya.



Video yang dimuat naik itu dikongsi lebih 90,000 kali dan menerima lebih daripada 2,300 tanda suka setakat ini.


“Dakwaan luar biasa memerlukan bukti yang luar biasa,” komen seorang pengguna. – AGENSI 

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top