MemeIuk Islam semasa umur 12 tahun, kini miliki lebih 22 cawangan pasaraya Elewsmart. Ini beberapa fakta menarik yang ramai tidak tahu mengenai Ebit Lew

Anonymous
0

 


Beliau sentiasa mendapat perhatian netizen kerana keprihatinnya membantu masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang, apatah lagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana ramai terjejas dari segi pendapatan.


Walaupun baru-baru ini diuji t0hmahan tidak berasas, erti putus asa tidak terbit dalam kamus hidupnya.


Bahkan, Ebit semakin giat menjalankan aktiviti kebajikan baik di dalam mahupun di luar negara antaranya Misi Kemanusian Bantuan Kemanusiaan Gaaza PalIestin.


Terbaharu, dilaporkan sumbangan Ebit Lew yang dibeli di Cairo, Mesir telah berjaya memasuki Gaaza, PaIlestin pada hari raya pertama Aidiladha.

Pun begitu, di sebalik kepihatinan dan sikap positif dipamerkan mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew itu?



1- Menelusuri perjalanan hidupnya, Ebit pernah bekerja sebagai kakitangan pakar motivasi dan rumah tangga terkemuka negara, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah sebelum membuka syarikat latihan sendiri.

2- Menerusi sesi live hari ini pada minit ke 1.19.09 Ebit mendedahkan pernah memperoleh RM700,000 pendapatan kasar sehari menerusi program latihan yang dianjurkan.

3- Selain itu, beliau juga mempunyai butik pakaian Muslim.

4- Mengusahakan tiga buah restoran yang sudah lima tahun beroperasi.

5- Bapa kepada empat cahaya mata itu juga mempunyai 22 buah pasar raya Elewsmart di sekitar Lembah Klang.

6- Ebit berbangsa Cina telah memeIuk Islam ketika berusia 12 tahun.

7- Selepas memeIuk Islam, beliau mendalaminya sebelum berusaha mengajak keluarganya untuk turut sama memeIuk Islam.




BIODATA

Nama penuh : Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 37 Tahun

Asal : Muadzam Shah, Pahang

Keluarga: Anak ketiga daripada 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin, memiliki empat orang cahaya mata



PENDIDIKAN

– Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan (1991-1996)

– Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah (1997-1999)

– Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (2000-2001)

– Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (2002-2003)

– Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor

Sumber : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top