Header Ads

Nadiyah Shahab Akui Tak Pandai Memasak Nasi Goreng

 


Meskipun pandai memasak pelbagai aneka masakan, bagaimanapun pelakon Nadiyah Shahab mendedahkan dia tidak pandai memasak nasi goreng.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nadiyah berkata dia pernah cuba memasak nasi goreng namun gagal. Bagaimanapun, suaminya, Ben Ali tetap memuji masakannya itu.


“Saya boleh masak banyak menu tapi nasi goreng…omg gagal. Cuba buat sekali, kesian Ben makan nasi hangus. Tapi dia telan juga cakap sedap. Sekirannya ada yang mengetahui resipi, tolong kongsi dengan saya,” tulisnya.


Perkongsian Nadiyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengesyorkan pelakon itu mencuba resepi Khairul Aming.



Nadiyah turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang memberikan respon serta mengatakan dia akan mencubanya.


Nadiyah Shahab dan Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di seberang tambak, Singapura.

Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.