Neelofa menerusi Instagram live personaliti dakwah Ebit Lew pada petang Khamis berkata, dia sendiri akan menghubungi penyanyi rap itu bagi menyelesaikan hal itu.
“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. This is not right!
“My mom pun tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.
“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas” tulisnya pada ruangan komen.
Sebelum ini, nama Neelofa dipetik oleh penyanyi Takda Hal Bro yang mendakwa pengacara itu sepatutnya tersenarai dalam rombongan misi bantuan ke Gaaza, Pallestin bersama Ebit Lew.
Bagaimanapun, Caprice mendakwa Ebit mengeluarkan beberapa nama termasuk Neelofa bagi menjalankan misi itu bersendirian.
Mengulas perkara berkenaan, Ebit berkata, Caprice menghubungi dia dan bertanya tentang dokumen yang kononnya nama Neelofa dan suaminya Harris Ismail turut tersenarai ke Gaaza.
“Dia tuduh saya ambil dokumen yang ada nama dia, Neelofa dan Haris. Dia mesej saya secara tiba-tiba. Saya hanya bersangka baik tapi dia berkeras.
“Saya tak pernah jumpa dia, Neelofa dan Harris untuk berbincang fasal isu Gaaza. Dia kata mak Neelofa yang beritahu pada dia hal itu.
“Saya tak bawa lari dokumen, saya ikut saluran yang betul,” ujar Ebit.
Terdahulu, Ebit Lew menerusi Instagram live menjawab segala fiitnah dan menjelaskan isu hangat berkaitan Gaaza yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Isu yang dibangkitkan oleh Caprice pada Jumaat lalu itu menjadi panas selepas seorang rakyat Malaysia, Nadir Al Nuri yang menetap di Semenanjung Gaaza mendedahkan perjalanan pendakwah itu ke bumi bergolak itu tidak melalui cara yang sepatutnya.
Sumber : mStar Online