Header Ads

Netizen kagum dengan kegigihan Uqasha Senrose edit gambar sampai tiang dinding jadi bengkok untuk kelihatan lebih 'montok'.

 


Pelakon jelita, Uqasha Senrose sekali lagi kantoi akibat suntingan keterlaluan pada sekeping gambar untuk kelihatan lebih ‘montok’ yang dimuat naik dalam Instagramnya baru-baru ini.


Kali ini, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu menyunting gambarnya bersama tunang yang juga pelakon, Kamal Adli.


Gambar tersebut memperlihatkan Uqasha menyunting bahagian pinggulnya secara keterlaluan sehingga garis dinding di belakangnya bengkang-bengkok.


Biarpun untaian foto bersama tunangnya itu disifatkan tahap ‘diebetes’ (terlalu manis), ramai juga yang memang sudah mengerti kerenah pelakon drama rantaian, Rindu Awak Separuh Nyawa itu yang memang jenis tidak ambil ‘port’ seandainya dikecam gemar menyunting gambar.


“Akak kalau tak pandai edit boleh PM saya. Saya bantu akak confirm clean bukti,” seloroh seorang netizen dalam ruangan komen.


Sebelum ini Uqasha pernah dihentam teruk gara-gara menyunting gambar secara keterlaluan hingga menampakkan fizikal tiang pintu dan tingkap turut sama ‘runcing’ hasil suntingannya.



Bagaimanapan, pelakon asal Kota Bahru, Kelantan itu tidak bersikap hipokrit dan mengakui, dia sememangnya bertindak menyunting gambar tersebut.

Katanya, dia menyunting secara keterlaluan kerana segelintir netizen suka melabelkan dirinya sebagai gemuk. 


Sumber – K! ONLINE


No comments:

Powered by Blogger.