Header Ads

Pegawai Azmin Ali dakwa Noor Hisham 'gagal', gesa berundur dalam kadar segera

 


Setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengundurkan diri.


Menulis di laman Twitternya, Adlin M Zabri berkata dia tidak setuju dengan "penutupan menyeluruh" dan menuduh Noor Hisham gagal melakukan perancangan sewajarnya.


"Pengarah Kesihatan. Anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan semua penutupan penuh ini menunjukkan bahawa anda tidak mampu menangani (waabak C0vid-19).


"Tumpukan bidang pembedahan saja atau lagi baik berhenti," kata Adlin.


Adlin menulis ini ketika berkongsi artikel berita mengenai netizen yang mengkritik Noor Hisham mengenai pengendalian pusat penilaian C0vid-19 (CAC) di Stadium Melawati.


Melalui ciapan lain di Twitter pada awal hari ini, Adlin secara sinis menyarankan sektor perkilangan harus disalahkan atas wabak di pusat vaksinasi IDCC.


Pada 10 Julai lalu, Adlin menyiarkan klip video memaparkan Ketua Teknikal C0vid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Maria Van Kerkhove yang bercakap mengenai cara untuk membendung penyebaran C0vid-19.


Hantarannya itu disertakan dengan pesan: "Pengarah Kesihatan ... Harap (anda) mendengar ini".


Putrajaya telah memutuskan untuk menutup lebih banyak kilang bermula 3 Julai dan seterusnya untuk membendung penyebaran C0vid-19.


Beberapa jam selepas pengumuman itu, Azmin - yang kementeriannya memimpin sektor pembuatan - menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Powered by Blogger.