Header Ads

Rakyat Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Dari Rumah Ke Rumah

 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata pemeriksaan secara rawak itu antara kaedah bagi membantu kerajaan mengawal penularan jangkltan C0VID-19.



“Ya, kita akan buat pemeriksaan mengejut. Perkara itu akan dibuat secara umum dan rawak,” katanya pada BH, hari ini.


Difahamkan, tumpuan akan diberikan kepada kawasan perumahan dan pemantauan SOP tetap akan diteruskan seperti biasa.



Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, PDRM akan mengumumkan sama ada akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah esok sempena sambutan Aidiladha. 


Sumber: XTRA

No comments:

Powered by Blogger.