Header Ads

Rita Rudaini Bengang Warga Emas Kena Paksa Ambil Vaksin

 


Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menarik perhatian netizen berhubung hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.


Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Rita dalam InstaStorynya, Rita berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap vaksin.


“Sekarang umat Islam dah jadi berpuak-puak. Dalam keluarga pun dan ada puak. Yang tidak mahu vaksin digelar antivaksln oleh yang vaksin (penerima vaksin). Kenapa?” Ujarnya.


Kata pelakon filem Mami Jarum itu lagi, dia berpendapat bahawa golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya mereka harus digelar antivaksin memandang keputusan tersebut merupakan hak masing-masing.


“Yang tidak divaksin tidak semestinya dia antivaksin. Hak masing-masing. Hebat permainan dunia memecah beIahkan manusia dengan benda (vaksin) ini sahaja.


“Yang nak vaksin, vaksinlah. Kenapa nak ada paksaan? Apa agenda?,” soal Rita.




Menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberi kenyataan seolah-olah tidak berpuas hati apabila ada dalam kalangan warga emas turut dipaksa untuk menerima suntikan vaksin.


“Paksa orang-orang tua vaksin. Ada yang duduk di atas kerusi roda pun diangkut (dibawa) untuk divaksin. Kenapa?


“Mereka dah tua nak berjalan pun tak boleh. Jadi mereka divaksin sebab nak pergi mana? Paris? Milan?” ujarnya.



Tidak cukup dengan itu, Rita malah mempersoalkan tindakan anak-anak apabila menyuruh ibu bapa mereka yang telah uzur untuk divaksin dan menyifatkan mereka seolah-olah tidak mempunyai otak.


“Kalau nak cucuk (untuk diri sendiri), cucuklah. Tak perlu nak risikokan ibu bapa kamu. Kalau boleh pergi bercuti pun kamu nak bawa mereka ke?” tulis Rita.


Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.


Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.


Malah, Rita Rudaini juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. -K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.