Tindakan tegas akan diambil kepada individu sebar fitnah isu Ebit Lew, Caprice

Anonymous
0

 


Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba mensensasikan isu perselisihan faham Ustaz Ebit Lew (UEL) dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice.


Pengarah Jabatan Siasatan Jeenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini tiada laporan atau kertas siasatan dibuka berhubung isu berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, individu yang menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah dan mengalbkan seseorang adalah menjadi kesalahan.




"Siasatan juga boleh dibuat mengikut Seeksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan isu berkenaan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud peIanggaran undang-undang.


Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai perbaIahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaaza, PaIlestin baru-baru ini.



Caprice bagaimanapun menunggu tarikh 21 Julai ini untuk membuat penjelasan lanjut mengenai perkara itu.


Namun, hari ini Caprice, tampil memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaaza, PaIestin, baru-baru ini.


Dalam hantaran dimuat naik di Instagramnya hari ini memaklumkan apa yang berlaku sehingga hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu adalah berpunca dari kesilapan dirinya dan tiada kaitan dengan pihak lain.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top