Baru-baru ini viral satu video di twitter yang memaparkan seorang rider penghantar makanan yang mengamok sakan selepas dihon pengguna jalan raya yang lain kerana meIanggar lampu merah.
Mungkin kerana mahu menghantar tempahan pelanggan dengan cepat dan mengejar trip, namun kita tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan yang juga mungkin membahaayakan pengguna jalan raya yang lain sama.
Video berdurasi hampir seminit itu dikatakan berlaku di hadapan Hotel Impiana KLCC. Tidak puas hati kerana dihon, penghantar makanan tersebut memaaki hamun dan meminta pemandu tersebut untuk berhenti.
Difahamkan, pemandu berkenaan tidak mengendahkan ‘proovokasi’ yang dibuat oleh penghantar makanan itu dan terus ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.
Malah, penghantar makanan itu dikatakan mengugotnya untuk memadam video berkenaan sebaik sahaja tiba di balai polis namun dia tetap meneruskan dengan untuk membuat laporan.