Header Ads

(VIDEO) Gadis ini saran ibubapa guna kain lampin, tempelak hanya orang pemalas sahaja minta bantuan belikan pampers bagai

 


Umum tahu, sehingga kini sudah lebih dari setahun kita terpaksa hidup dalam norma baru sejak kemunculan pandemlk C0VID-19.


C0VID-19 ini telah membawa kesan yang sungguh diluar jangkaan baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Banyak kilang-kilang kecil dan perusahaan kecil lain yang tidak mampu bertahan

dan terpaksa gulung tikar dan seterusnya menyebabkan ramai pekerja terpaksa dibuang.


Beberapa hari ini juga muncul satu idea dari netizen untuk mengibarkan bendera putih kepada mereka yang sudah tidak mampu dan memerlukan pertolongan dari sesiapa saja demi meneruskan hidup.



Selain dari pihak kerajaan, banyak juga NGO dan orang persendirian yang peka dan sama-sama menyumbang bagi meringankan beban mereka yang terkesan dan sangat-sangat memerlukan.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang wanita yang meluahkan rasa tidak setuju bagi mereka yang memerlukan untuk meminta bantuan seperti lampin pakai buang. Dimana menurutnya itu adalah satu pembaziran. 

Sebaiknya duit yang ada dibeli susu buat bayi. Kerana menurutnya, lebih baik menggunakan kain lamping dan kerap kali membasuhnya. Melihat kepada zaman kita sekarang ini, susu itu lebih penting dari lampin pakai buang.

"Dah lah jangan beli pampers bagai. Akak kena sedar sikit sekarang ni musim C0VID-19, musim susah orang nak cari pendapatan. Jangan bagi alasan kulit anak sensitif. Jangan bazir duit beli pampers, beli susu kalau dalam bantuan tu."


Menurut wanita ini lagi, sewaktu zaman ekonomi masih stabil dia mengajar anaknya untuk memakai kain lampin dan hanya menggunakan lampin pakai buang ketika keluar ruamh sahaja.


"Saya zaman yang stabil ajar anak tak pakai pampers. Pakai lampin cuma nak keluar rumah je saya akan pakaikan pampers."





Bagaimanapun ramai juga yang bersetuju dengan pandangan dan cadangan dari wanita tersebut, kata netizen lagi ikutlah poket sendiri, kalau rasa tak mampu beli pampers pakai la lampin je.Tidak perlulah memaksa diri nak jadi seperti orang ada-ada.Nanti bajet nak beli beras pula lari.


Namun ada juga yang tidak bersetuju dan mengecam wanita tersebut. Katanya lagi kalau rasa nak bagi bantuan, bagi la tak perlu nak bising.

Sumber : MotifViral

No comments:

Powered by Blogger.