Header Ads

(VIDEO) Netizen Teruja Lihat Kesetiaan Zoey Rahman Temani Zarina Anjoulie Buang Tatu Nama Bekas Suami

 


Kemesraan antara pelakon kontroveri Zarina Anjoulie dan Zoey Rahman bukanlah satu rahsia lagi, kedua-dua pelakon ini digosipkan netizen mempunyai hubungan yang lebih dari sekadar kawan apabila mereka dilihat sangat rapat bak merpati dua sejoli.


Bagaimanapun, Zoey berkata mereka sedang mengenali hati masing-masing apatah lagi mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2010 lagi.


Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada memuat naik video pergi ke satu klinik bersama Zoey untuk membuang tatu yang ada di badannya.


Menerusi video berkenaan turut memaparkan proses pembuangan tatu menggunakan kaedah laser. Anju juga memaklumkan tatu nama Yas (bekas suaminya) merupakan tatu pertama yang dibuang olehnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Anju akan berubah menjadi lebih baik selepas membuang tatu di badannya. Malah, ramai mendoakan hubungannya bersama Zoey berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin.





Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.